Cari @ Amanz

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah baru sahaja mengumumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menerima pengerusi baru.

Melalui sebuah kenyataan media, Al-Ishsal Ishak yang merupakan pengerusi SKMM sebelum ini akan digantikan oleh Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek bermula 10 Jun ini.

Melalui kenyataan tersebut, Dr. Fadhlullah merupakan Naib Canselor dan CEO Universiti Perdana, dan merupakan bekas anggota suruhanjaya SKMM yang mempunyai pengalaman didalam industri telekomunikasi selama 20 tahun.

Selain daripada itu, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa juga dilantik sebagai penasihat telekomunikasi bagi pihak KKMM bermula pada tarikh yang sama. Sebelum ini, beliau menjawat jawatan CEO dan Pengarah Urusan di syarikat telekomunikasi Telekom Malaysia.

Selain daripada itu, Dato’ Saifuddin turut mengatakan bahawa SKMM akan memperkenalkan dasar-dasar tambahan untuk mempercepatkan pembangunan teknologi telekomunikasi di kawasan luar bandar, disamping memperbaiki cara pengagihan spektrum dikalangan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd