Cari @ Amanz

Jika kita perasan, peranti boleh pakai kini semakin mendapat perhatian di kalangan pengguna. Tidak kiralah, sama ada gelang pintar ataupun jam tangan pintar, ia juga adalah pilihan utama yang menghiasi dunia teknologi ketika ini.

Xiaomi juga sedia terkenal sebagai pengeluar gelang pintar yang terkemuka dan kini, mereka dalam perancangan pewaris seterusnya iaitu Xiaomi Mi Band 5. Rekaan penuh dan ciri utama juga telah mula dikongsi menerusi poster rasmi.

Imej dikongsi memperlihatkan gelang pintar ini akan didatangkan dengan empat pilihan warna – merah, kuning, hijau dan hitam. Selain itu, ia akan disertakan dengan sejumlah ciri dipertingkatkan seperti skrin lebih besar, sokongan pengecasan magnetik, dilengkapi 11 mod sukan, sokongan NFC, kawalan mengambil gambar dan mod kesihatan untuk wanita.

Pelancaran rasmi Xiaomi Mi Band 5 dijadualkan berlangsung pada 11 Jun ini. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai penawarannya, sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd