TSMC Boleh Mengisi Kelapangan Pesanan CPU Yang Dikosongkan Huawei

TSMC Boleh Mengisi Kelapangan Pesanan CPU Yang Dikosongkan Huawei

Diterbitkan pada June 10, 2020 oleh .

Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) boleh dikatakan diantara pembuat cip semikonduktor terbesar di dunia yang membangunkan pelbagai jenis CPU dan SoC untuk pelbagai syarikat seperti Apple, AMD, Huawei, NVIDIA dan sebagainya.

Baru-baru ini mereka telah mengumumkan pembangunan kilang baru di Amerika Syarikat yang dijangka akan menjejaskan hubungan mereka bersama-sama dengan Huawei.

TSMC masih ingin bekerjasama dengan Huawei untuk membangunkan CPU Hisilicon terbaru menggunakan teknologi proses 5nm, tetapi terpaksa mengaku bahawa sekatan Amerika Syarikat keatas Huawei akan membuatkan tangan mereka terikat.

Menariknya, TSMC berkata kegagalan kerjasama dengan Huawei tidak akan menyebabkan mereka mengalami kerugian besar kerana mereka boleh mengisi kekosongan tersebut dengan permintaan-permintaan syarikat lain,

Apple dan NVIDIA dijangka memperkenalkan beberapa produk baru yang menggunakan cip yang dibina dengan proses 5nm pada tahun ini, dan kekosongan daripada Huawei dijangka boleh diisi oleh kedua-dua syarikat ini untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran mereka.



TIPS & ULASAN