Nintendo Mengatakan Tambahan 140,000 Akaun Mungkin Diakses Pihak Ketiga

Nintendo Mengatakan Tambahan 140,000 Akaun Mungkin Diakses Pihak Ketiga

Diterbitkan pada Jun 9, 2020 oleh .

Pada bulan April 2020 lepas, Nintendo telah mengatakan yang mana mereka mendapati sekitar 160,000 akaun Nintendo Network ID telah diceroboh oleh pihak ketiga.

Hari ini, Nintendo mengemaskini pengumuman berkenaan, mengatakan melalui kajian lanjutan dilakukan, mereka mendapati tambahan 140,000 akaun mungkin diceroboh. Ini sekaligus membawa kepada jumlah keseluruhan akaun yang terkesan mencapai 300,000 akaun.

Apa pun, Nintendo turut menekankan yang mana pencerobohan ini mungkin berlaku kerana penggunaan kata laluan yang sama oleh pengguna pada beberapa laman berbeza. Nintendo mengatakan kurang daripada 1% akaun yang diceroboh yang mungkin digunakan untuk melakukan transaksi palsu. Bagi pengguna yang terkesan dengan transaksi palsu ini, Nintendo telah pun mengembalikan kembali wang mereka.

Nintendo telah pun nyah-aktifkan ciri log masuk ke akaun Nintendo melalui Nintendo Network ID sebelum ini. Malah, Nintendo telah meminta pengguna mengaktifkan ciri sokongan pengesahan dwi-faktor.



Paling Popular