Cari @ Amanz

Kerentanan WhatsApp Didapati Mendedahkan Nombor Telefon Pengguna Pada Carian Google

Oleh Aman

Link Copied!

WhatsApp mempunyai salah satu ciri baru yang memudahkan pengguna menjana pautan dengan nombor telefon, dinamakan sebagai Click to Chat. Melaluinya, ia menggunakan singkatan wa.me bersama nombor telefon pengguna, sekaligus memudahkan pengguna untuk berkongsi pautan untuk seseorang klik dan terus bersembang dengan mereka.

Ciri ini sering digunakan peniaga kecil dalam berkongsi pautan untuk memudahkan pelanggan klik dan menghantar mesej kepada mereka.

Apa pun, disebabkan pautan berkenaan tidak disertakan dengan kawalan pengindeksan melalui robot.txt, ia membuatkan enjin carian seperti Google mengindeks pautan berkenaan. Ia sekaligus memperlihatkan penyertaan mencapai sekitar lebih 300,000 nombor telefon diindeks pada carian Google.

WhatsApp Kerentanan

Penemuan ini telah dilaporkan oleh salah seorang pengkaji sekuriti, dan kini pihak WhatsApp mengatakan mereka telah mengatasinya – dan mengelak ia diindeks enjin carian.

Walaupun ia merupakan salah satu masalah sekuriti yang serius, kini ia nampaknya telah diatasi, sekaligus memastikan privasi ramai pengguna lebih terlindung berbanding sebelumnya.


Komen ()