Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Note merupakan salah satu siri peranti mercu daripada Samsung yang mempunyai peminatnya tersendiri. Pada tahun ini, Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy Note 20, dan mengikut laporan awal, ia dijangka diperkenalkan pada 5 Ogos 2020 kelak.

Samsung dijangka akan mengadakan acara pengumuman Unpacked ini secara atas-talian buat pertama kalinya, disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 yang mengelak acara dengan ramai hadirin diadakan.

Samsung dijangka memperkenalkan dua variasi Galaxy Note, iaitu Galaxy Note 20 dan juga Galaxy Note 20 Plus.

Versi asas dijangka hadir dengan skrin 6.4-inci dan bateri 4300mAh, sementara versi Plus pula dijangka hadir dengan skrin 6.9-inci dan bateri 4500mAh. Samsung juga dijangka akan menyertakan kamera 108-megapixel pada Galaxy Note 20 Plus.

Bersama-sama dengannya, Samsung juga dijangka akan memperkenalkan edisi kedua untuk Galaxy Fold, yang mungkin hadir dengan sokongan S-Pen.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 5 Ogos ini untuk melihat pengumuman rasmi pihak Samsung.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd