Carian
Apple Mungkin Memperkenalkan iMac Baru Pada WWDC
June 10, 2020 Aman

Semalam, Apple telah diperkatakan mungkin berkongsi maklumat awal berkaitan peralihan kepada penggunaan cip pemprosesan tersendiri pada komputer melalui acara WWDC pada bulan ini. Kini, selain daripadanya, Apple turut diperkatakan mungkin memperkenalkan iMac baru pada acara berkenaan.

iMac baru ini dijangka membawakan bentuk rekaan menggunakan elemen seumpama iPad Pro, selain rekaan nirbingkai. Ini sekaligus akan menjadikannya tampak lebih elegan berbanding generasi sebelum ini.

Disamping itu, Apple turut dijangka menyertakan sokongan cip T2 untuk sekuriti tambahan, selain menggunakan AMD Navi GPU.

Buat masa ini, ia sekadar desas-desus sahaja, dan tidak diketahui lagi apakah perancangan Apple sepenuhnya untuk komputer semua-dalam-satu mereka tersebut.

WWDC 2020 akan diadakan pada 22 Jun kelak, dimana Apple dijangka berkongsi lanjut berkenaan penawaran perisian mereka, terutamanya iOS, macOS, iPadOS, watchOS dan tvOS.

Komen