Sedia maklum, Apple sedia menawarkan sejumlah pilihan warna untuk koleksi aksesorinya. Bagi memberikan lebih pilihan kepada pengguna, Apple kini memperkenalkan tambahan sejumlah warna baru untuk tali jam dan kerangka siri iPhone 11.
Apple dilihat hadir dengan tiga pilihan warna baru untuk kerangka siri iPhone 11 iaitu Seafoam, Vitamin C dan Linen Blue. Manakala, tali jam Apple Watch pula menerima kemas kini empat pilihan warna baru iaitu Seafoam, Vitamin C, Linen Blue dan Coastal Grey.
Bagi yang berminat, penawaran kedua-dua aksesori ini telah tersedia di laman Apple Store Malaysia. Sebagai pilihan, anda juga boleh memilih sejumlah produk dan aksesori lain yang menepati cita rasa.