Cari @ Amanz

Alat Kawalan Permainan Razer Untuk Telefon Android Berharga RM389 Di Malaysia

Oleh Aman

Link Copied!

Razer pada awal tahun ini telah memperlihatkan penawaran alat kawalan mudah-alih mereka yang direka khusus untuk telefon pintar Android. Dinamakan sebagai Razer Kishi Universal Gaming Controller for Android, kini ia telah mula dipasarkan kepada umum.

Razer Kishi

Alat kawalan permainan ini hadir dengan dua bahagian yang dihubungkan ke telefon pintar, sekaligus menawarkan pengalaman permainan seumpama konsol mudah-alih. Ia menyertakan alat kawalan D-pad 8-arah, dan juga butang kawalan khusus yang dioptimasikan untuk permua.

Razer Kishi ini boleh dihubungkan terus menggunakan USB-C, sekaligus mengurangkan kadar lengah masa ketika bermain.

Razer Kishi

Razer Kishi ini akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM389 bermula 27 Jun 2020 kelak melalui sejumlah pengedar terpilih. Penawaran untuk versi iPhone dijangka akan menyusul pada tahun ini.


Komen ()