Cari @ Amanz

Google Maps Mula Memaparkan Notifikasi Halangan Dan Keperluan Perjalanan Berkaitan Covid-19

Link Copied!

Malaysia akhirnya memasuki fasa pemulihan PKP hari ini dengan pelbagai perniagaan kini dibenarkan beroperasi semula. Di media sosial dapat kami lihat rungutan orang rama yang terpaksa mengharungi kesesakan jalan raya dan pengangkutan awam yang mengalami kelewatan. OIeh itu Google Maps telah dikemaskini semalam untuk memaparkan maklumat penting seperti kesesakan stesen, halangan jalan raya dan perubahan jadual pengangkutan awam.

Pada waktu ini maklumat mengenai pergerakan merentas sempadan disokong untuk pengguna di Kanada dan Mexico. Di Argentina, Australia, Belgium, Brazil, Colombia, Perancis, India, Mexico, Belanda, Sepanyol, Thailand, UK dan A.S pula notifikasi mengenai keperluan pemakaian topeng apabila menggunakan pengangkutan awam juga dipaparkan.

Pengguna turut boleh melaporkan kesesakan di dalam pengangkutan awam yang sedang diambil. Maklumat yang dikumpul akan memudahkan Maps memberitahu pengguna lain sama ada pembatasan sosial dipatuhi ataupun tidak. Kesemua ciri-ciri baharu ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna global dalam masa beberapa minggu mendatang.

Berita buruk bagi pengguna di Malaysia amaran mengenai pembatasan sosial, keperluan memakai topeng dan tahap kesesakan nampaknya masih belum diaktifkan di negara kita.


Komen ()