Cari @ Amanz

Fungsi pengecasan nirwayar kini semakin popular dan Samsung merupakan salah satu jenama yang sering menawarkan fungsi ini pada peranti. Terkini, laporan media yang memetik sumber mendakwa Samsung dikatakan dalam perancangan untuk memperluaskan lagi teknologi ini ke siri Galaxy A (2021).

Galaxy S10

Selanjutnya, sumber juga mengatakan Samsung sedang berbincang dengan tiga pembekal berbeza termasuklah Hansol Technics, Amotech, dan Chemtronics. Difahamkan, ketiga-tiga syarikat ini juga merupakan pembekal fungsi ini untuk siri Galaxy S20. Para pembekal ini juga diharapkan dapat mengurangkan kos pembuatan agar peranti dapat ditawarkan dalam julat harga yang lebih rendah.

Seperti biasa, perkara ini masih lagi tidak dapat disahkan sepenuhnya, dan masih dipertingkat ura-ura. Namun jika ianya benar, kita boleh menjangkakan sesuatu yang menarik pada peranti Samsung akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd