Mira Robotics, sebuah syarikat pembangun robot dari Jepun membangunkan robot kawalan jarak jauh Ugo pada asalnya untuk membantu orang tua di Jepun bekerja tanpa perlu keluar dari rumah mereka.
Terkini, nampaknya robot Ugo tersebut kini digunakan untuk membantu pihak kesihatan di serata dunia untuk mengekang penularan wabak COVID-19.
Kebolehan kawalan jarak jauh robot ini mengurangkan kontak diantara pihak kesihatan dan juga pesakit yang sedang dijangkiti wabak tersebut.
Menurut CEO syarikat, Ken Matsui, mereka kini menerima banyak pertanyaan mengenai robot tersebut, khususnya dari Perancis dan Singapura.
Untuk membantu kumpulan barisan hadapan yang menghadapi wabak ini, robot Ugo mereka kini dimuatkan dengan pemancar ultra ungu yang membersihkan permukaan dari sebarang mikroorganisma.