Cari @ Amanz

INAI Model Adalah Model Yang Dijana Dari Kecerdasan Buatan

Link Copied!

Kelak di masa hadapan, ramai yang beranggapan robot akan menggantikan manusia. Bagaimana kalau saya katakan bukan robot yang akan gantikan manusia terlebih dahulu, tetapi sistem kecerdasan buatan yang akan mendahului. Kehebatan sistem kecerdasan buatan ini adalah sangat hebat, ia boleh membuat DeepFake, membuat cadangan, menewaskan manusia dalam permainan video, mengawal peranti berhubung, berbual dengan manusia dan banyak lagi.

Di Jepun satu agensi model iaitu ImageNavi AI Model telah hadir dengan model-model yang dijana dari kecerdasan buatan. Setiap model ini kelihatan mirip seperti manusia biasa dan 100% sangat realistik. Ia langsung tidak kelihatan seakan rekaan animasi 3D dan kelihatan seperti manusia biasa yang gambarnya diambil untuk menjadi model. ImageNavi menjual setiap imej model ini pada harga dari 20,000 Yen sehingga 55,000 Yen, iaitu sekitar RM792-RM2179. Imej yang dibeli adalah untuk dijadikan sebagai imej stok dalam apa-apa penggambaran produk. Harga pula berbeza mengikut model dan resolusi. Kemudian, setiap model ini berusia sekitar 20-an tahun dan hanya akan datang akan ada model yang berusia lebih tua.

Model-model ini dijana berasaskan model sebenar dan melalui proses kecerdasan buatan agar ia tidak lagi kelihatan seperti individu yang wujud di dunia ini. Model yang murah akan jelas kelihatan seperti wajah seseorang yang telah disunting. Manakala model yang mahal, ia kelihatan jelas seperti manusia sebenar. Antara sebab model seperti ini dihasilkan adalah, ada banyak model yang jika pernah terlibat dengan sesuatu skandal atau ada isu yang sukar dimaafkan – mereka sukar untuk mendapatkan kerja-kerja pemodelan lagi. Jadi dengan adanya model yang dijana dari kecerdasan buatan, orang ingin kutuk/caci/maki, tiada sesiapa akan tersinggung perasaan. Kemudian akan tiada lagi isu seseorang model terlibat dengan sesuatu skandal.


Komen ()