Samsung telah muncul dengan Galaxy Fold dan ia dilihat hadir dengan penawaran menarik yang menjadi episod baru untuk inovasi teknologi peranti pintar. Samsung sekali lagi mencuri perhatian apabila dijangka hadir dengan Galaxy Fold 2 sekitar bulan Ogos kelak.
Sebelum ini terdapat ura-ura Fold 2 akan menyokong stylus S-Pen seperti peranti Note. Namun begitu, ketirisan terbaru seakan menyangkal perkara tersebut. Laporan memetik sumber berkata, ia dibuat kerana permasalahan ketahanan pada skrin peranti.
Skrin pada Samsung Galaxy Note 10 adalah lebih tebal jika nak dibandingkan dengan lapisan kaca Ultra Thin Glass (UTG) pada Galaxy Z Flip – berkemungkinan besar juga digunakan pada Galaxy Fold 2. Jadi, ia dikatakan tidak cukup tahan untuk sokongan -Pen. Namun begitu, Samsung dikatakan mencari inisiatif lain untuk meningkatkan kualiti secara menyeluruh.