Carian
Perkhidmatan Penghantaran Makanan Kini Boleh Beroperasi Sehingga Tengah Malam
June 10, 2020 Effi Saharudin

Hari ini ialah hari pertama fasa pemulihan perintah kawalan pergerakan dan beberapa kelonggaran mula diberikan berbanding sebelum ini. Kelonggaran yang mungkin penting bagi kebanyakan pembaca Amanz ialah perkhidmatan penghantaran makanan kini dibenarkan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam setiap hari. Ini adalah menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri di dalam sesi soal jawab bersama media hari ini (minit 16:37).

Sebelum ini waktu operasi bagi perkhidmatan penghantaran makanan ketika tempoh PKPB adalah hanya sehingga jam 10 malam manakala semasa tempoh awal PKP pula adalah sehingga jam 8 malam. Perubahan waktu operasi ini adalah selari dengan pihak kerajaan membenarkan restoran juga beroperasi sehingga jam 12 tengah malam bermula hari ini. Oleh itu anda kini boleh memesan makanan tanpa perlu risau terlepas waktu pesanan yang dihadkan sebelum ni.

Komen