Cari @ Amanz

Samsung Malaysia kini hadir dengan promosi khas untuk penawaran telefon pintar Samsung Galaxy S20, dimana pengguna boleh menikmati rebat sehingga RM300 untuk pembeliannya.

Galaxy S20 Promosi

Melalui promosi yang dijalankan sehingga 30 Jun 2020 kelak ini, ia membolehkan pengguna menikmati rebat RM300 untuk pembelian Galaxy S20 (RM3599), Galaxy S20+ (RM3999) atau Galaxy S20 Ultra (RM4999). Ini sekaligus menjadikan harga jualan akhirnya kepada pengguna adalah masing-masing RM3299, RM3699 dan RM4699.

Disamping itu, Samsung turut menawarkan kad memori mikroSD 128GB bersama-sama dengannya, terhad kepada 8302 pelanggan pertama diseluruh negara. Kad mikro-SD ini perlu ditebus melalui laman Samsung Redemption Portal.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan telefon pintar Samsung Galaxy S20 dalam masa terdekat, mungkin boleh menyemak penawaran Samsung ini hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd