Samsung Malaysia kini turut telah mula menawarkan bekas kerangka edisi khas untuk Samsung Galaxy Buds+, sekaligus membolehkan pengguna memberikan lebih personaliti ketika menyimpan atau mengecas fon telinga nirwayar mereka.
Samsung Galaxy Buds+ merupakan fon telinga terbaru Samsung yang hadir dengan bnateri bertahan sehingga 11 jam lamanya, pod pengecasan yang menawarkan tempoh operasi sehingga 22 jam, sokongan kalis air IPX2, integrasi Spotify, menyertakan tiga mikrofon untuk panggilan yang jelas, selain sokongan untuk telefon Android dan iPhone.
Di Malaysia, Samsung Galaxy Buds+ ditawarkan pada harga RM599. Menariknya, bekas dengan rekaan khas bertemakan watak Marvel dan lain-lain ini ini boleh didapati pada harga RM50 dengan pembelian Galaxy Buds+. Samsung menawarkan sekitar 18 tema berbeza untuk pengguna pilih.