Huawei Malaysia kini telah hadir dengan video acah baru untuk siri peranti Huawei Nova 7, sekaligus memperlihatkan mereka akan memasarkannya bermula 19 Jun 2020 ini di Malaysia.
Huawei Nova 7 merupakan sebuah telefon pintar dengan spesifikasi tinggi, dilengkapi skrin 6.53-inci OLED, dijana cip Kirin 985, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB. Ia menggunakan empat kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel, selain kamera swafoto 32-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas 40W.
Huawei Nova 7 SE merupakan telefon pintar dengan spesifikasi sedikit rendah, hadir dengan cip Kirin 820, kamera swafoto 16MP, dan pengimbas cap jari pada bahagian tepi peranti.
Melalui beberapa bahan promosi yang diperlihatkan, Huawei dilihat akan memasarkannya sebagai telefon pintar ini sebagai telefon pintar 5G mampu-milik buat masa ini, selain pada masa yang sama mempromosikan penggunaan AppGallery bersama dengannya.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut berkaitan dengannya, harganya tidak lama lagi.