Cari @ Amanz

Masihkah anda ingat dengan Hoverbike yang merupakan antara motosikal terbang terawal ditawarkan pada harga $150,000 (~RM637,000) sebuah? Sejak 2017 ia berjaya melakukan pelbagai penerbangan ujian bagi membuktikan ia selamat digunakan. Malahan ia turut dikatakan bakal digunakan oleh pasukan polis Dubai sempena Expo 2020 yang dijadualkan berlangsung akhir tahun ini.

Ketika melakukan sebuah ujian penerbangan di Dubai minggu ini, sebuah Hoverbike terhempas dari ketinggian 30 meter. Penunggang terselamat dengan kecederaan ringan tetapi Hoverbike yang terhempas mengalami kerosakan teruk.

Menurut Hoversurf yang membangunkan Hoverbike, kemalangan berlaku kerana kerosakan pada barometer kenderaan. Ia gagal mengesah ketinggian dengan tepat sehingga membuatkan ia menjunam ke bawah secara tiba-tiba.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd