Harga minyak petrol masih lagi di tahap rendah kerana kurangnya permintaan akibat pandemik. Tetapi seperti yang dapat dilihat sejak empat minggu yang lalu, ia secara perlahan-lahan naik semula dengan ekonomi yang dibuka semula di peringkat global. Pencemaran juga kembali dengan ganas sehingga kotaraya KL yang langitnya biru semasa PKP kini kembali kabut. Penggunaan kenderaan elektrik dilihat sebagai antara jalan penyelesaian jangka panjang.
Maka adalah agak menarik apabila BMW mengumumkan pelaburan ke dalam syarikat Prometeus Fuels yang membangunkan teknologi menghasilkan bahan api dari udara. Teknologi Prometheus Fuels mengambil gas karbon dioksida dari udara yang kemudiannya diproses menjadi minyak petrol, diesel dan kerosin. Kerana bahan api yang dihasilkan dari CO2 di udara, pembakarannya tidak menambah kepada kepekatan CO2 di udara sekaligus neutral karbon.
Prometheus Fuels menyasarkan penjualan bahan api neutral karbon mereka menjelang penghujung 2020. Stesen pertama akan dibuka di California sebelum diperluaskan ke peringkat global pada tahun 2021. BMW bukan sekadar melabur ke dalam Prometheus Fuels tetapi turut telah memperlihatkan tren kuasa yang menggunakan sel bahan api hidrogen. Dengan penggunaan pelbagai sistem menjana kuasa, mereka dapat memastikan kenderaan yang dihasilkan akan menggunakan teknologi lestari terkini.
Teknologi Prometheus Fuels sama seperti Carbon Engineering yang ingin menyedut asap jerebu di bandar sebelum mengubahnya menjadi minyak mentah rendah karbon (low carbon crude). Menurut mereka penghasilan minyak mentah rendah karbon adalah lebih rendah berbanding minyak mentah asli,