GSMA Memberhentikan 20% Kakitangan Akibat Pembatalan MWC Barcelona

GSMA Memberhentikan 20% Kakitangan Akibat Pembatalan MWC Barcelona

Diterbitkan pada June 10, 2020 oleh .

Impak Covid-19 ke atas ekonomi negara sudah dapat dilihat sekarang, Saban minggu ada sahaja berita pengurangan tenaga kerja dan syarikat yang terpaksa gulung tikar akibat penutupan perniagaan sepanjang PKP. Di peringkat global, GSMA yang merupakan penganjur Mobile World Congress mengumumkan pengurangan tenaga kerja sebanyak 20%.

Langkah pengurangan tenaga kerja ini diambil kerana kerugian yang berlaku akibat pembatalan Mobile World Congress Barcelona pada bulan Februari lalu. Acara tahunan ini dipercayai menjana 80% pendapatan tahunan GSMA dan pembatalannya akibat Covid-19 mendatangkan impak yang besar. Selain MWC Barcelona, MWC Shanghai turut dianjurkan tetapi pada skala yang lebih kecil. GSMA dipercayai mempunyai 1000 kakitangan di seluruh dunia,

Pihak GSMA berkata proses pemulihan akibat Covid-19 ini akan mengambil masa sehingga tiga tahun. Mereka kini sedang menumpukan perhatian untuk memastikan MWC Barcelona akan dapat dilangsungkan pada tahun 2021.



TIPS & ULASAN