Cari @ Amanz

Di Twitter terdapat satu masalah besar di mana pengguna dengan mudah menjadi marah dengan tajuk ciapan tanpa membaca pautan artikel yang diberikan. Artikel menjadi tular tanpa orang ramai menyedari kandungan sebenar adalah 180 darjah berbanding tajuk yang diberikan. Oleh tu Twitter pagi ini mengumumkan ujian yang membenarkan ciapan semula (retweet) sesebuah artikel  hanya selepas ianya dibaca.

Ujian akan diberikan secara rawak kepada pengguna aplikasi Android pada waktu ini. Twitter akan dapat mengesan pautan telah ditekan di dalam aplikasi terlebih dahulu. Selepas ini dilakukan barulah pengguna dibenarkan untuk menciap semula ciapan asal. Media sosial perlu berubah mengikut tabiat pengguna. Sebelum ini Twitter buat pertama kalinya memberikan amaran ciapan Donald Trump mengandungi maklumat yang salah.Sesuatu yang tidak berani mereka lakukan sebelum ini.

Jika dahulu media sosial menjadi medan merapatkan silaturahim ia kini menjadi alat yang mencincangnya semula kerana pendapat yang berbeza. Ujian yang dilakukan ini adalah menarik tetapi mungkin akan melecehkan proses menciap semula. Adakah ia perlu demi kebaikan bersama? Ini ialah soalan falsafah yang tak mampu kami jawab.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd