realme Buds Q – Set Fon Telinga Nirwayar Yang Mampu Berfungsi Sehingga 20 Jam

realme Buds Q – Set Fon Telinga Nirwayar Yang Mampu Berfungsi Sehingga 20 Jam

Diterbitkan pada July 3, 2020 oleh .

Fon telinga adalah salah satu aksesori penting kepada sesetengah individu. Dengan memakai set fon telinga, ia menjadi lebih mudah untuk dibawa kemana-mana dan diselitkan kedalam poket. Pada zaman yang serba canggih ini, hampir kesemua pengeluar peranti pintar telah hadir dengan peranti dan aksesori yang berkuasa serta minimalis. Bagi syarikat pengeluar peranti realme sendiri, mereka telah melancarkan realme Buds Q yang merupakan satu set fon telinga nirwayar untuk pengikut mereka. 

Sebelum saya menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan set fon telinga ini, mari kita lihat reka bentuk realme Buds Q terlebih dahulu. Rekaan set fon telinga ini diinspirasikan daripada bentuk batu bujur (Cobble design) dan direka oleh José Lévy, iaitu pereka yang bekerjasama dengan jenama Hermés. Idea reka bentuk beliau untuk aksesori realme ini adalah sangat minimalis, selesa untuk dipakai dan mudah untuk dibawa kemana-mana.

Maka, wujudlah bekas pengecasan realme Buds Q yang membawakan rekaan yang ergonomik bujur dimana ia telah dibina dengan lengkungan 145 darjah pada bahagian atas, 168 darjah untuk bahagian bawah serta 120 darjah untuk bahagian kedua-dua sisinya. Dengan ini, ia menjadikannya lebih selesa untuk dipegang.

Rekacipta fon telinganya turut membawakan bentuk dan saiz yang ergonomik yang dapat memuatkan ke dalam lubang telinga dengan selesa bersama buds silikon. Lekuknya bersudut 48 darjah pada bahagian atas dan 97 darjah pada bahagian bawah. Ini menjadikan realme Buds Q ini sangat selesa untuk dipakai kerana ia terletak elok pada lubang telinga anda.

Apabila realme Buds Q ini dipakai dan dipasang, ia dikatakan mampu untuk mengeluarkan audio yang cukup baik untuk pendengaran telinga anda. Ini adalah kerana set fon telinga ini dilengkapi dengan sistem audio 10mm Dynamic Bass Boost Driver dengan bantuan PEEK&PU yang berkualiti tinggi. Ini seterusnya membolehkan anda untuk menikmati frekuensi audio yang lebih mengasyikkan.

Bagi anda yang gemar bermain permua pula, realme Buds Q ini juga sesuai untuk anda kerana ia menyertakan mod Super Low Latency Gaming. Mod ini dibantu oleh cip pemprosesan R1Q yang mampu untuk menghantar audio pada masa nyata dan kedua-dua belah set fon telinga ini mampu untuk mengeluarkan audio yang selari antara satu sama lain dan juga paparan skrin pada telefon pintar. Tambahan pula, melalui mod Gaming ini, ia akan mengurangkan kadar pendam sehingga 119ms. Ini menjadikan pengalaman permainan dan audio anda akan menjadi lebih mengasyikkan.

Untuk pengetahuan anda, set fon telinga nirwayar daripada realme ini dilancarkan dengan bateri berkapasiti 400mAh pada bekas pengecasan, dan 40mAh pada kedua dua belah fon telinga ini. Dengan kapasiti bateri sebesar ini, realme menyatakan bahawa ia mampu untuk bertahan selama 20 jam sama seperti penggunaan untuk sepanjang hari. realme Buds Q ini sudahpun memasuki pasaran Malaysia dan dipasarkan pada harga RM129 sahaja. Namun, sekiranya anda membuat pembelian terawal, anda boleh memilikinya pada harga RM89 sahaja. Jadi bagi anda yang berminat untuk memiliki realme Buds Q ini, anda boleh dapatkannya melalui kedai atas talian rasmi realme di Shopee atau pengedar-pengedar rasmi mereka.

Beli: realme Buds Q Melalui Shopee Sekarang

Penafian: Advertorial daripada realme Malaysia


TIPS & ULASAN