Carian
Rekabentuk Penyejuk Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3080 Tertiris
June 11, 2020 Nazrin

NVIDIA dijangka akan melancarkan siri kad grafik terbaru mereka yang diberikan kod nama Ampere tidak lama lagi, dan nampaknya rekabentuk penyejuk komponen tersebut telah tertiris ke arena internet.

Sebelum ini, rekabentuk penyejuk tersebut sudahpun tertiris bersama-sama dengan penutup plastiknya, tetapi kali ini kita dapat melihat bongkah tersebut tanpa penutupnya.

Rekabentuk penyejuk tersebut dilihat melalui laman web Reddit, dimana NVIDIA sekali lagi hadir dengan rekaan penyejuk yang menggunakan bongkah logam penyejuk yang tebal dan juga kipas penyejuk terbuka (open-air cooling).

Lebih menarik lagi ialah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3080 ini dilihat menggunakan paip haba untuk mengalirkan haba daripada bahagian GPU ke sirip penyejuk dan bahagian kipas. Ini juga salah satu daripada beberapa kali sahaja NVIDIA menggunakan paip haba untuk mengalirkan haba dengan lebih cekap.

 

Komen