Aplikasi TikTok Lite Kini Boleh Dicuba Pengguna Tempatan
Aman
TikTok merupakan salah satu perkhidmatan media sosial yang semakin popular dari hari ke hari. Melaluinya, pengguna boleh berkongsi video ringkas sekitar 15 saat melaluinya.
Dalam usaha meliputi penawaran peranti mudah-alih berspesifikasi rendah, kini pihak TikTok turut hadir dengan penawaran aplikasi khusus dinamakan TikTok Lite.
Berbanding aplikasi utama TikTok, versi TikTok Lite hadir dengan saiz yang lebih kecil – sekitar 32MB berbanding versi asal yang hampir 100MB. Disamping itu, pihak TikTok mengatakan aplikasi TikTok Lite beroperasi lancar pada peranti berspesifikasi rendah, dan memudahkan pengguna mengikuti perkongsian yang lain serta-merta dengan pantas.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun TikTok Lite daripada Google Play Store hari ini.
[download]Muat-Turun TikTok Lite untuk Android[/download]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.