Realme Band Kini Rasmi Di Malaysia – Ditawarkan Pada Harga RM129

Realme Band Kini Rasmi Di Malaysia – Ditawarkan Pada Harga RM129

Diterbitkan pada Jun 11, 2020 oleh .

Seperti yang dijanjikan, Realme Malaysia hari ini memperkenalkan barisan produk AIoT (aksesori pintar) keluarannya untuk pasaran Malaysia. Salah satu daripadanya adalah Realme Band yang dilengkapi sejumlah fungsi kecergasan yang menyeluruh.

Realme Band hadir dengan skrin bersaiz 2.4cm berwarna dengan lima pilihan rekaan skrin berbeza. Ia juga dilengkapi sokongan sejumlah mod khusus untuk kecergasan seperti lari, mendaki, yoga dan sebagainya. Selain itu, ia juga membawakan sokongan sensor denyutan nadi masa-nyata melalui integrasi sensor PPG, selain turut menyertakan sokongan memantau kualiti tidur dan peringatan untuk minum air.

Realme Band

Realme Band juga turut menyertakan sokongan notifikasi pintar daripada aplikasi sosial popular, panggilan telefon dan SMS. Untuk pengecasan, ia menyertakan pengecasan terus USB-A dengan ketahanan  bateri sehingga 10 hari.

Realme Band ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Black, Yellow dan Green dan ia ditawarkan pada RM129. Bagaimanapun, anda boleh mendapatkannya pada harga promosi RM79 pada 22 dan 23Jun ini secara eksklusif di Shopee.



Paling Popular