Cari @ Amanz

Seiring pelancaran Realme Band, Realme Malaysia juga memperkenalkan Realme Watch untuk pasaran tempatan. Ia merupakan jam pintar pertama keluaran Realme dan ia didatangkan dengan fungsi kecergasan yang menyeluruh.

Realme Watch

Untuk spesifikasi, Realme Watch hadir dengan skrin 1.4-inci berwarna, dilengkapi dengan fokus terhadap kecergasan, kalis air, dan integrasi kemudahan menerima notifikasi daripada aplikasi serta telefon pintar. Selain itu, ia juga menyertakan sokongan untuk memantau kadar denyutan nadi. Realme menggunakan aplikasi Realme Link untuk membolehkan pengguna mengawalnya melalui telefon pintar.

Realme Watch

Bagi yang berminat, Realme Watch ditawarkan pada harga RM299. Namun begitu, anda  boleh mendapatkan pada harga promosi RM249 sahaja pada 12 Jun ini secara eksklusif di Shopee.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd