Kingston Memperkenalkan Siri Kad microSD Canvas Plus Untuk Pelbagai Jenis Pengguna

Kingston Memperkenalkan Siri Kad microSD Canvas Plus Untuk Pelbagai Jenis Pengguna

Diterbitkan pada June 11, 2020 oleh .

Kingston ialah sebuah syarikat teknologi yang dikenali untuk komponen storan mereka dan juga peranti-peranti yang dikhususkan kepada mereka yang gemar bermain permainan video dan komputer.

Terkini, mereka telah memperkenalkan siri storan microSD Kingston Canvas Plus yang terdiri daripada tiga siri, iaitu Canvas Select Plus, Canvas Go! Plus dan Canvas React Plus.

Bermula dengan Canvas Select Plus, ia hadir dengan pilihan storan dari 16GB hinggalah 512GB dan mempunyai kadar pembacaan data 100MB/s dan penulisan data sepantas 85MB/s. Siri kad microSD ini cukup bagus untuk tujuan penambahan storan didalam peranti pintar dan konsol seperti Nintendo Switch ataupun untuk tujuan fotografi dan videografi amatur.

Siri kad microSD Canvas Go! Plus hadir dengan pilihan storan  daripada 64GB sehingga 512GB dan mempunyai kadar pembacaan data sepantas 170MB/s dan penulisan data 90MB/s yang sesuai untuk kegunaan seperti pengambilan gambar bertubi-tubi, rakaman video 4K dan peranti-peranti seperti kamera lasak dan dron.

Bagi jurugambar dan video profesional yang merakam video resolusi tinggi sehingga 8K, siri kad microSD Canvas React Go adalah untuk anda. hadir dalam pilihan storan 32GB, 64GB, 128GB dan 256GB yang mempunyai kadar pembacaan data sepantas 300MB/s dan kadar penulisan data sepantas 260MB/s.

Untuk membaca data daripada kad-kad SD ini, Kingston turut memperkenalkan pembaca kad Kingston MobileLite Plus yang mempunyai sokongan untuk sambungan USB 3.2 Gen 1 yang boleh menghantar data pada kadar sepantas 500MB/s.

Kesemua storan ini sudahpun boleh dibeli di pasaran tempatan pada harga-harga berikut:

Kingston Canvas Select Plus:

Kingston Canvas Go! Plus:

Kingston React Plus (hadir dengan Kingston MobileLite Plus):

Kingston MobileLite Plus – RM42.50



TIPS & ULASAN