Fon Telinga Realme Buds Q Dan Buds Air Neo Turut Rasmi – Harga Bermula RM129

Fon Telinga Realme Buds Q Dan Buds Air Neo Turut Rasmi – Harga Bermula RM129

Diterbitkan pada June 11, 2020 oleh .

Realme Malaysia kini juga muncul dengan rangkaian produk audio terbaru menerusi pengenalan Realme Buds Air Neo dan Realme Buds Q. Kedua-duanya dilihat hadir dengan penambaikan lebih baik untuk pengalaman menakjubkan.

Realme Buds Air Neo dilengkapi dengan cip R1 yang disesuaikan dengan Bluetooth 5.0 dengan masa pendam yang rendah. Ia hadir dengan rekaan fon telinga konvensional dan mampu menawarkan waktu penggunaan selama 3 jam atau sehingga 17 jam dengan penggunaan pod pengecas. Pod pengecas yang disertakan menyokong pengecasan berwayar sahaja menerusi port mikro USB. Ia juga dipadankan boleh dipadankan dengan telefon pintar secara automatik dan anda akan mempunyai akses kepada ciri kawalan sentuh.

Realme Buds Q ialah fon telinga dari jenis earbuds dengan pad kawalan sesentuh pada bahagian luar. Ia mampu beroperasi sehingga 3.6 jam atau sehingga 20 jam dengan penggunaan pod pengecas. Terdapat kemampuan kalis air sehingga IPX4 yang membuatkannya sesuai dibawa untuk aktiviti bersukan. Pengecas berwayar pantas 30W dicas namun tiada sokongan pengecasan nirwayar.

Bagi yang berminat, Realme Buds Air Neo dijual pada harga RM199 dan Realme Buds Q pula berharga RM129. Menariknya, anda boleh dapatkan Realme Buds Air Neo pada harga istimewa RM149 sahaja pada 22 dan 23 Jun ini secara eksklusif di Shopee.



TIPS & ULASAN