Cari @ Amanz

Realme Melancarkan Dua Powerbank 10,000 mAh – Harga Bermula RM129

Link Copied!

Realme Malaysia hari ini telah pun melancarkan rangkaian produk AIoT (aksesori pintar) keluarannya untuk pasaran tempatan menerusi kemunculan Realme Band, Realme Watch, Realme Buds Q dan Realme Buds Air Neo.  Tidak terhenti di situ, Realme juga muncul dengan penawaran dua buah powerbank baru.

Realme 10,000mAh Power Bank 2 hadir dengan kapasiti 10,000mAh, sokongan pengecasan pantas 18W, port USB-C dan port USB-A. Realme 30W Dart Charge Power Bank (10,000mAh) juga hadir dengan kapasiti yang sama iaitu 10,000mAh, pengecasan pantas 30W dan 15 lapisan pelindungan litar untuk prestasi lebih selamat.

Bagi yang berminat, Realme 10000mAh Power Bank 2 dijual pada harga RM129. Manakala, Realme 30W Dart Chage Power Bank 10000mAh pula berharga RM199.


Komen ()