Cari @ Amanz

Delkin Melancarkan Kad CFexpress Pertama Berkapasiti 2TB

Link Copied!

Masalah yang dihadapi oleh krew Amanz TV ialah kad memori yang berkapasiti rendah. Kerap kali rakaman video perlu dihentikan sementara kerana kad memori pada kamera telah penuh sebelum sesi berakhir. Isu ini menjadi semakin genting bagi pengguna yang melakukan rakaman pada resolusi 8K yang memerlukan storan berkapasiti tinggi. Delkin semalam telah mengumumkan pelancaran kad CFexpress type-B pertama dunia berkapasiti 2TB.

Sebelum ini kapasiti terbesar yang ditawarkan untuk kad CFexpress adalah 1 TB. Kad CFexpress ini menyokong kelajuan menulis 1730MB/s dan kelajuan membaca 1430MB/s. Ini membolehkan ia menyokong rakaman video 8K atau tangkapan gambar RAW pada kelajuan pantas. Pihak Delkin telah menguji kad ini pada kamera Canon (C500 Mark II & 1D X Mark III), Nikon (Z6 & Z7), dan Panasonic (Lumix DC-S1 & S1R). Ujian pada kamera Canon C300 Mark III, Canon R5 dan Nikon D6.

Selain menawarkan kapasiti besar dengan kelajuan tinggi, Delkin juga akan menawarkan kad gantian percuma dalam masa 48 jam sekiranya kad ini mengalami sebarang masalah. Harga dan tarikh jualan masih belum diketahui pada waktu ini.


Komen ()