Perkhidmatan Seru-Pandu Dan Teksi Kini Boleh Beroperasi 24 Jam

Perkhidmatan Seru-Pandu Dan Teksi Kini Boleh Beroperasi 24 Jam

Diterbitkan pada June 11, 2020 oleh .

Datuk Seri Ismail Sabri hari ini mengumumkan perkhidmatan seru-pandu dan juga teksi kini boleh beroperasi selama 24 jam tanpa had sepanjang tempoh PKPP. Sebelum ini semasa tempoh PKPB, waktu operasi dihadkan dari jam 6 pagi sehingga 11 malam. Turut diumumkan ialah pemandu dan penumpang kesemuanya perlu memakai pelitup muka sepanjang masa.

Satu lagu kelonggaran yang diberikan ialah kenderaan boleh membawa jumlah penumpang maksimum tanpa pembatasan sosial. Operasi kesemua pengangkutan awam seperti bas ekspres, kereta api dan kapal terbang juga dibenarkan beroperasi pada kapasiti penuh dengan syarat kesemua penumpang memakai pelitup muka.

Arahan baharu ini diberikan selepas jumlah jangkitan baharu Covid-19 di Malaysia dilihat semakin berkurangan selepas beberapa fasa PKP dikuatkuasakan sejak 18 Mac.



TIPS & ULASAN