Acer Malaysia Mengemaskini Predator Triton 500 Dengan Komponen Intel Dan NVIDIA Terbaru – Harga Baru Bermula RM7999

Acer Malaysia Mengemaskini Predator Triton 500 Dengan Komponen Intel Dan NVIDIA Terbaru – Harga Baru Bermula RM7999

Diterbitkan pada June 11, 2020 oleh .

Tahun lepas, Acer melancarkan komputer riba gaming Predator Triton 500, iaitu siri komputer riba gaming yang bukan sahaja hadir dengan komponen-komponen yang berkuasa, tetapi juga mempunyai rekaan yang serba minimalis dan nipis.

Acer Malaysia mengumumkan bahawa mereka telah mengemaskini komputer riba ini dengan komponen-komponen baru, seperti CPU Intel Core generasi kesepuluh Comet Lake dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX Super yang diperkenalkan pada tidak lama lalu.

Predator Triton 500 baru ini hadir dengan paparan skrin IPS bersaiz 15.6 inci beresolusi Full HD dengan pilihan kadar segar semula 144Hz dan 300Hz bergantung kepada model yang dibeli.

Predator Triton 500 yang baru ini dilengkapi dengan CPU Intel Core i7-10875H, memori DDR4 sebanyak 8GB/16GB dan storan SSD PCIe sebesar 512GB.

Dari segi pilihan cip pemprosesan grafik, pengguna diberi pilihan untuk mendapatkan model dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 2070 ataupun NVIDIA GeForce RTX 2070 Super.

Model Predator Triton 500 ini akan mula dijual di pelbagai kedai atas talian seperti Acer eStore, Lazada dan Shopee pada 15 Jun kelak pada harga-harga berikut sebelum ia dijual secara rasmi melalui pengedar pada 20 Jun:

  • Predator Triton 500 (144Hz/8GB/512GB/RTX 2070) – Rm7999
  • Predator Triton 500 (300Hz/16GB/512GB/RTX 2070 Super) – RM8999


TIPS & ULASAN