Xiaomi Mi Band 5 Dilancarkan – Kini Hadir Dengan Pengecasan Magnetik

Xiaomi Mi Band 5 Dilancarkan – Kini Hadir Dengan Pengecasan Magnetik

Diterbitkan pada June 11, 2020 oleh .

Xiaomi hari ini telah memperkenalkan gelang tangan pintar terbaru mereka, iaitu Mi Band 5. Ia meneruskan penawaran gelang tangan pintar pada harga mampu milik dengan sejumlah ciri-ciri menarik dan ketahanan bateri yang lama.

Mi Band 5

Xiaomi Mi Band 5 hadir dengan skrin 1.1-inci AMOLED, menawarkan paparan panel berwarna dengan sokongan sesentuh. Ia turut dilengkapi dengan sejumlah sensor menarik seperti untuk pemantauan denyutan nadi, kemudahan untuk memantau corak tidur, selain penawaran pemantauan untuk wanita seperti ovulasi dan kitaran haid.

Mi Band 5 turut hadir dengan ciri seumpama pemantauan kadar tekanan (stres), dan juga latihan pernafasan.


Mi Band 5 hadir dengan sokongan Bluetooth 5.0 LE untuk berhubung dengan peranti lain, dan bateri 125mAh yang menawarkan ketahanan penggunaan sehingga 14 hari, atau 20 hari dengan mod penjimatan bateri.


Untuk pengecasan, ia menawarkan sambungan berasaskan magnetik, dan tidak lagi memerlukan pengguna menanggalkannya daripada tali yang sedikit sukar.

Xiaomi turut menyertakan muka jam daripada animasi popular seperti Neon Genesis Evangelion, Detektif Conan, Hatsune Miku dan sebagainya.

Buat masa ini, gelang tangan pintar ini diumumkan di China sahaja, dan mungkin diperkenalkan untuk peringkat global termasuk Malaysia tidak lama lagi. Di China, ia ditawarkan pada harga bermula 189 Yuan, iaitu sekitar RM113.

Mi Band 5



TIPS & ULASAN