Cari @ Amanz

Oppo Akan Menawarkan ColorOS Berasaskan Android 11 Beta Untuk Find X2 Pada Bulan Ini

Oleh Aman

Link Copied!

Google hari ini telah pun menawarkan Android 11 Beta kepada umum, sekaligus membolehkan para pembangun dan mereka yang berminat untuk mengujinya. Selari dengannya, kini Oppo mengumumkan yang mana ColorOS berasaskan Android 11 Beta akan ditawarkan pada bulan ini.

Oppo ColorOS

Oppo mengatakan mereka akan menawarkan ColorOS berasaskan Android 11 Beta untuk Oppo Find X2 dan Find X2 Pro kelak pada bulan ini.

Oppo turut mengatakan mereka telah bekerjasama dengan Google dalam mengoptimasikan sistem operasi untuk peranti, sekaligus menawarkan pengalaman yang baik. Antaranya adalah projek CameraX bersama Google yang menawarkan pengalaman rakaman baik untuk aplikasi pihak ketiga seperti Instagram dan Snapchat.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan bulan ini untuk melihat penawaran ColorOS baru untuk siri Oppo Find X2.


Komen ()