Cari @ Amanz

Acer Nitro 5 Dikemaskini Dengan CPU Intel Comet Lake – Kini Dijual Pada Harga Bermula RM3799

Oleh Nazrin

Link Copied!

Siri komputer riba Acer Nitro 5 dikenali ramai sebagai komputer riba gaming mampu-milik  keluaran syarikat teknologi Taiwan tersebut. Jika anda sedang mencari sebuah komputer riba gaming mampu milik dengan spesifikasi terbaru, mungkin ini untuk anda.

Acer Nitro 5 dikemaskini dengan siri CPU Intel generasi kesepuluh Comet Lake, termasuklah Intel Core i7-10750H dan Intel Core i5-10300H, memori DDR4 sebanyak 8GB dan juga storan SSD PCIe sebesar 512GB.

Dari grafik, Acer Nitro 5 ini dilengkapi dengan pilihan GPU NVIDIA GeForce GTX 1650 Ti ataupun NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti. Untuk menyejukkan komponen-komponen ini, Acer telah mengemaskini sistem penyejukan yang digunakan, dan berkata ini akan mengurangkan peningkatan suhu sehingga 25 peratus, dan membolehkan pengguna untuk bermain permainan komputer tanpa perlu risau mengenai isu haba.

Papan kekunci Acer Nitro 5 juga dilengkapi sistem pencahayaan RGB dan pengguna boleh mengubahsuai warna lampu LED tersebut secara berkawasan.

Menurut Acer Malaysia, Acer Nitro 5 baru ini sudahpun tiba di pasaran tempatan pada harga RM3799 untuk model Intel Core i5 dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1650 Ti, manakala model Intel Core i7 dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti dijual pada harga RM4899 serta merta.


Komen ()