Cari @ Amanz

Yoodo Menawarkan 3GB Percuma Untuk Semua Pelanggan Kerana Gangguan Rangkaian

Oleh Aman

Link Copied!

Yoodo hari ini telah mengumumkan mereka akan menawarkan 3GB data percuma untuk semua pelanggan mereka, sebagai ganti kepada gangguan telekomunikasi pada 8 Jun 2020 lepas.

Yoodo 3GB Percuma

Yoodo mengaku kesalahan mereka dalam memaklumkan pengguna lebih awal berkaitan situasi rangkaian mereka, dan dalam usaha meminta maaf, kini mereka mengumumkan penawaran data percuma sebanyak 3GB.

Data percuma 3GB ini akan ditambah pada pelan pengguna Yoodo pada 12 Jun 2020 ini, dan anda boleh menggunakannya sehingga pembaharuan pelan akan datang.

Bagi pengguna pelan Yoodo, boleh menyemak penambahan 3GB ini pada akaun anda bermula tengah malam ini. Untuk menerimanya, anda perlu memastikan akaun anda aktif.


Komen ()