UniSZA Memperkenalkan MyBahagia – Platform Kursus Pra-Perkahwinan Atas-Talian

UniSZA Memperkenalkan MyBahagia – Platform Kursus Pra-Perkahwinan Atas-Talian

Diterbitkan pada June 11, 2020 oleh .

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini telah memperkenalkan sebuah platform digital dinamakan MyBahagia, dimana ia berfungsi sebagai sebuah platform kursus pra-perkahwinan secara atas-talian.

Melalui MyBahagia, ia menyertakan sebanyak 11 modul pra-perkahwinan mengikut garis panduan Jakim, dan memperlihatkan contoh alternatif kursus praperkahwinan yang biasanya dikendalikan secara bersemuka.

MyBahagia


Dengan era norma baharu yang lebih memfokuskan gaya hidup digital dan pengalaman jarak sosial, langkah pengenalan MyBahagia ini dijangka akan membantu mereka yang akan berkahwin untuk mengikuti kursus pra-perkahwinan secara atas-talian.

Seperti pembelajaran atas-talian yang lain, MyBahagia turut membolehkan pengguna log masuk dan mengikuti kursus pra-perkahwinan mengikut keselesaan masa mereka.

MyBahagia ini aka ditawarkan kepada semua bermula 13 Jun ini, dimana ia boleh didaftar pada bayaran RM30 untuk seorang. Pengguna akan memerlukan data sekitar 1GB untuk mengikuti kursus selama 11 jam melalui laman berkenaan.

Layari : MyBahagia



TIPS & ULASAN