Adobe sebelum ini telah mengumumkan pengenalan aplikasi Photoshop Camera yang membolehkan pengguna hadir dengan rakaman yang menarik menggunakan sejumlah penuras yang ditawarkan melaluinya. Lanjutan daripada pengumuman pada tahun lepas, kini Adobe Photoshop Camera telah pun mula ditawarkan untuk Android secara terbuka.
Apa pun, buat masa ini, hanya beberapa peranti terpilih sahaja boleh menggunakannya. Daripada ujian kami sendiri, walaupun telefon menggunakan Snapdragon 865, ada model yang tidak dapat memuat-turunnya lagi.
Kembali bercakap mengenai aplikasi ini, Adobe mengatakan Photoshop Camera menyertakan ciri kecerdasan buatan yang boleh mengenal-pasti jenis rakaman, dan memberikan kesan rakaman lebih baik. Ia juga turut menawarkan kawalan rakaman potret seperti kesan bokeh dan sebagainya.
Gambar yang dijana tidak akan kelihatan terus pada galeri, dan memerlukan pengguna untuk “menyimpannya” ke galeri secara manual.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak sama ada peranti anda boleh memuat-turunnya atau tidak melalui Google Play Store hari ini.
- Muat-Turun Adobe Photoshop Camera untuk Android