Ini Adalah PlayStation 5 – Hadir Dalam Dua Variasi Berbeza

Ini Adalah PlayStation 5 – Hadir Dalam Dua Variasi Berbeza

Diterbitkan pada Jun 12, 2020 oleh .

Sony hari ini telah mengadakan sebuah acara khas memfokuskan PlayStation 5, dimana sejumlah permainan khusus untuk konsol generasi baru berkenaan telah diperkenalkan.

PlayStation 5

PlayStation 5

Melalui apa yang diperlihatkan, Sony akan hadir dengan dua variasi konsol untuk PlayStation 5 – satu menyertakan sokongan cakera fizikal, dan satu lagi adalah versi digital sepenuhnya. Berkemungkinan versi digital hadir dengan harga sedikit murah, selain memfokuskan kepada kemudahan pengguna menikmati permainan melalui muat-turun permainan secara digital.

Sony memanggil kedua-dua edisi dengan nama, PlayStation 5, dan juga PlayStation 5 Digital Edition.

Disamping itu, Sony turut memperlihatkan aksesori penuh untuk konsol berkenaan, iaitu sebuah set kepala, pengawal media, kamera HD dan juga dan juga alat kawalan permainan DualSense.

PlayStation 5

Buat masa ini, pihak Sony masih belum berkongsi harga jualan dan tarikh mula jualan untuk konsol PlayStation 5 yang baru ini.



Paling Popular