Oppo semalam telah pun mengesahkan yang mana mereka akan menawarkan ColorOS berasaskan Android 11 Beta kepada pengguna peranti Oppo Find X2 mengujinya terlebih dahulu kelak pada bulan ini.
Kini, selain Oppo, pihak Xiaomi turut telah mengumumkan mereka akan menawarkan MIUI berasaskan Android 11 Beta 1 kepada pengguna beberapa peranti mereka.
Antara peranti yang akan menerimanya tidak lama lagi adalah Mi 10, Mi 10 Pro dan juga Poco F2 Pro.
Dengan langkah ini, ia sekaligus akan memudahkan pengguna peranti berkenaan menikmati sistem operasi terbaru Android berkenaan dengan lebih pantas berbanding yang lain – sekaligus membolehkan pengguna menguji dan menggunakannya dalam pembangunan aplikasi dan sebagainya.
Kita mungkin mendengar lanjut mengenai tarikh pelancarannya tidak lama lagi.