Carian
HTC
HTC Desire 20 Pro Tertiris Di Arena Web – Memperlihatkan Rekaan Penuh Telefon Terbaru HTC
June 12, 2020 Amy Maizuraa

HTC sekali lagi menarik perhatian ramai selepas jenama itu dikatakan bakal membuat kemunculan semula dalam industri telefon pintar dengan lebih agresif. HTC telah menjadualkan pengenalan peranti baru pada 16 Jun ini dan ramai menjangkakan peranti tersebut adalah HTC Desire 20 Pro.

Terkini, imej sebenar didakwa memaparkan rekaan penuh HTC Desire 20 Pro telah tertiris ke arena web melalui @evleaks dan buat pertama kalinya, ia memperlihatkan rekaan penuh peranti tersebut dengan lebih jelas.

Melihat imej dikongsi, peranti ini bakal dilengkapi kuad-kamera utama dan pengimbas cap jari fizikal di belakang. Panel belakang juga memperlihatkan kemasan berkilat – memberi gambaran seakan-akan ia akan diperbuat daripada kaca. Selain itu, mengikut gambar acah yang diperlihatkan tempoh hari oleh HTC, ia memberikan petanda HTC Desire 20 akan menggunakan skrin dengan rekaan berlubang dihadapan untuk meletakkan kamera swafoto.

HTC Acah 16 Jun

HTC Desire 20 Pro dipercayai hadir dengan paparan bersaiz 6.5-inci LCD, dijana cip Snapdragon 665, memori 6GB RAM dan menggunakan perisian Android 10 terkini.

Komen