Pokemon Go Akan Menghentikan Sokongan Untuk Peranti Android 32-bit Bermula Ogos 2020

Pokemon Go Akan Menghentikan Sokongan Untuk Peranti Android 32-bit Bermula Ogos 2020

Diterbitkan pada Jun 12, 2020 oleh .

Pokemon Go merupakan salah satu permua yang aktif dimainkan ramai pengguna seluruh dunia kerana menawarkan gabungan pengalaman permainan dunia nyata dan juga dunia maya. Terbaru, pembangunnya telah mengumumkan mereka akan menghentikan sokongan untuk telefon pintar Android berasaskan 32-bit bermula Ogos 2020 kelak.

Ini bermakna, pengguna akan memerlukan telefon pintar terbaru dengan sokongan 64-bit untuk terus memainkan permainan ini. Langkah ini dikatakan diambil dalam memudahkan lagi proses pembangunan, dan menyokong pelbagai sistem operasi dan teknologi baru.

Antara telefon pintar popular berasaskan 32-bit adalah Samsung Galaxy S4, Galaxy S5, Xperia Z2, Xperia Z3, dan kebanyakkan peranti yang dilancarkan sebelum 2015.

Selepas Ogos 2020 kelak, pengguna akan memerlukan telefon pintar Android berasaskan 64-bit untuk terus memainkan dan mengakses akaun Pokemon Go.

Mungkinkah selepas ini, lebih ramai pembangun akan turut menamatkan sokongan untuk versi peranti 32-bit secara berperingkat selepas ini?



TIPS & ULASAN