Cari @ Amanz

Lenovo melalui jenama Legion telah pun mengacah pengenalan telefon pintar memfokuskan permua pada tahun ini. Ia dijangka hadir dengan spesifikasi yang tinggi, selain turut menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik yang menawarkan pengoptimasian untuk permua melaluinya.

Terbaru, melalui gambar acah yang dikongsikan melalui Weibo, Lenovo dilihat akan memperkenalkan telefon pintar ini pada bulan Julai 2020 kelak. Mengikut perkongsian pihak Qualcomm sebelum ini, Lenovo Legion Gaming Phone ini dijangka hadir dengan cip Snapdragon 865.

Lenovo Legion Gaming Phone

Disamping itu, ia juga dijangka menyertakan bateri berkapasiti tinggi, sokongan pengecasan pada bahagian tepi peranti, selain kebolehan kamera pop-naik pada bahagian tepi untuk memudahkan anda strim permua ketika bermain secara melintang.

Kita juga boleh menyasarkan ciri seperti skrin dengan kadar segar semula tinggi, selain penggunaan penyejukan dalaman bersama dengannya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan Julai ini untuk melihat secara rasminya kejutan yang disediakan oleh Lenovo.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd