Cari @ Amanz

Lima tahun yang lalu Light L16 telah dilancarkan dengan sistem 16 lensa kamera yang berfungsi serentak untuk menghasilkan satu imej yang jitu. Kemudian Light mengumumkan kerjasama dengan Xiaomi, Leica, Sony dan Nokia. Kerjasama dengan Nokia menghasilkan 9 Pureview yang dilengkapi 5 kamera utama. Tetapi Light telahpun mengumumkan penarikan diri dari dunia telefon pintar semalam.

Light Multi-KameraMereka kini menumpukan perhatian kepada menghasilkan sistem kamera multi-lensa untuk kegunaan industri automotif. Pengumuman ini mengejutkan kerana Light bekerjasama dengan beberapa syarikat telefon pintar sejak tiga tahun yang lalu. Terdapat ura-ura peranti Nokia Pureview baharu dilengkapi sistem kamera Light tetapi ia beberapa kali ditangguhkan kerana masalah yang timbul.

Mungkin industri telefon pintar masih belum bersedia untuk peranti multi-lensa yang berfungsi secara serentak. Nokia 9 Pureview yang dilancarkan tahun lalu menerima pujian dari segi kualiti fotografi tetapi menerima kritikan hebat kerana perisian kamera yang perlahan danĀ  waktu memproses setiap imej yang terlalu lama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd