Liga Jerman dimulakan kembali tiga minggu lalu manakala Liga Perdana Inggeris pula akan bermula semula minggu hadapan. Tetapi peminat masih belum dibenarkan kembali ke stadium mengakibatkan acara sukan berlangsung di dalam stadium yang kosong. Akibatnya acara yang ditonton terasa canggung. Antar inovasi yang telah dibangunkan di dalam dunia norma baharu Covid-19 ialah menstrim sorakan penonton di rumah ke dalam stadium secara langsung.
Laman Hear Me Cheer membenarkan penyokong menstrim audio sorakan dan cemuhan mereka secara terus ke dalam stadium kosong yang sedang mereka tonton. Audio dari ribuan penonton ini akan mengembalikan pengalaman stadium yang dipenuhi peminat dan turut boleh didengari penonton lain.
Firma Champ Trax dari Kanada sudahpun menguji Hear Me Cheer dengan jayanya dalam sebuah perlawanan tinju minggu ini. Mereka kini dalam perbincangan dengan beberapa liga sukan profesional dan saluran sukan untuk menggunakan teknologi Hear Me Cheer untuk acara siaran langsung.