Samsung nampaknya dalam persediaan menambah lagi penawaran tablet keluarannya. Dikenali sebagai Samsung Galaxy Tab S7, ura-ura mengenainya telah kedengaran sejak beberapa minggu lalu. Kini, imej pengolokannya pula mula dikongsi oleh Pigtou menerusi lama OnLeaks.
Memetik imej dikongsi, rekaannya tidak jauh berbeza dengan Samsung Galaxy Tab 6. Panel belakang memperlihatkan susunan dua kamera utama dengan sokongan flash LED. Turut kelihatan ialah ruang untuk menyimpan S-Pen yang sekaligus memberi gambaran peranti ini mungkin menyertakan sokongan S-Pen yang melekat secara magnetik seperti yang boleh dilihat pada Samsung Galaxy Tab 6.
Tiada banyak maklumat lain diketahui. Namun, khabar angin mengatakan ia dipercayai hadir dengan paparan bersaiz 11-inci, dijana cip pemproses Snapdragon 865 dan bateri 7,760mAh. Seperti biasa, perkara ini masih lagi tidak dapat disahkan sepenuhnya dan masih diperingkat ura-ura.