Cari @ Amanz

Apabila AMD melancarkan siri CPU AMD Zen 2 mereka, teknologi penghantaran data terbaru PCIe 4.0 turut disokong oleh syarikat tersebut, dan ia menjanjikan kadar penghantaran data yang jauh lebih pantas apabila dibandingkan dengan PCIe 3.0.

Diantara syarikat-syarikat yang telah mengeluarkan storan SSD PCIe 4.0 mereka sendiri termasuklah Corsair dan GIGABYTE, dan nampaknya Samsung bakal tiba dengan pilihan mereka sendiri.

Ice Universe, tukang peniris teknologi yang terkenal telah mengatakan bahawa Samsung bakal melancarkan storan Samsung 980 Pro, iaitu SSD PCIe 4.0 pertama mereka.

Storan 980 Pro ini dilaporkan akan hadir dengan pilihan storan 250GB, 500GB dan 1TB dan mempunyai kadar pembacaan data berturutan (sequential read) 6.5GB/s dan kadar penulisan data berturutan (sequential write) sepantas 5.0GB/s.

Menurut Ice Universe lagi, SSD Samsung 980 Pro ini akan dilancarkan sekitar bulan Ogos kelak, walaupun tanda harga untuknya masih belum diumumkan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd