Cari @ Amanz

Jabra Elite 75t tidak dinafikan adalah set fon telinga nirwayar sebenar yang baik dan hebat. Ia mempunyai kualiti audio yang gempak, memuaskan dan memberi pengalaman pendengaran yang mengasyikkan. Rekaannya juga adalah selesa digunakan dan walaupun rekaannya kompak dan kecil – ia mampat dengan pelbagai fungsi dan ciri menarik. Terkini, Jabra Elite Active 75t pula sudah boleh dibeli di Malaysia pada harga RM999.

Sempena Hari Bapa ini, Jabra menawarkan setiap pembelian Elite Active 75t – pengguna akan menerima Jabra Elite 45e secara percuma. Elite 45e juga adalah set fon telinga nirwayar, cuma ia bukan jenis TWS sebaliknya adalah jenis neckband. Ia dijual pada harga RM415. Ini adalah satu tawaran yang hebat, kerana pembelian bernilai RM999 anda menerima hadiah RM415. Tawaran ini walau bagaimanapun terhad di Lazmall Store sahaja dan ditawarkan dari 13 Jun sehingga 21 Jun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd