Carian
Canva Kini Menawarkan Aplikasi Desktop Untuk Windows Dan Mac
June 12, 2020 Aman

Canva merupakan salah satu perkhidmatan berasaskan web yang memudahkan pengguna hadir dengan rekaan grafik tersendiri secara mudah. Ia menggunakan konsep drag-drop dalam susunan grafik, sekaligus memudahkan lagi proses penghasilan dan penyuntingan grafik sebelum dikongsikan.


Sebelum ini, ramai yang mengaksesnya secara melalui web, dan kini Canva hadir dengan penawaran perisian desktop mereka untuk komputer Windows dan Mac.

Ia menawarkan ciri-ciri seumpama versi web, tetapi melalui penawaran desktop, ia lebih memudahkan anda menyunting lebih daripada satu grafik pada sesuatu masa.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba sendiri Canva pada komputer anda hari ini.

Komen